Thursday, October 5, 2017

Sejarah Negeri Kelantan




Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.

Nama "Kelantan" dikatakan daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca Lucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Kelantan mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. 

Dalam tahun 1411, Raja Kumar iaitu Raja Kelantan telah membebaskan negeri itu dari takhlukan Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.Pada 1820, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri lain. 

Pada tahun 1909, dibawah syarat Perjanjian British-Siam,  Kerajaan Siam bersetuju untuk menyerahkan tuntutan ke atas Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada British, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Pemerintahan British.


Kelantan merupakan negeri pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun pada 8 Disember 1941. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk negara Malaysia.

Wednesday, October 4, 2017

Makanan dan Kuih-muih Tradisional Negeri Kelantan

Kelantan terkenal dengan pelbagai makanan dan kuih-muih tradisional Kelantan yang unik dan lazat. Antara kuih tradisional yang terkenal adalah Kuih Lompat Tikam.

Kuih Lompat Tikam

Kuih Lompat Tikam adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia and ia berasal dari negeri Kelantan. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras dan santan.






Kuih Badak Berendam

Kuih ini juga dikenali sebagai 'sopang' di Negeri Sembilan dan terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur gula nisan.




Kuih Tahi Itik
Merupakan sejenis kuih yang terkenal di sebelah Pantai Timur. Hanya dijual secara meluas pada musim yang tertentu, mudah dihasikan dan dijual dengan harga yang berpatutan.



Tempat Menarik di Negeri Kelantan


Terdapat pelbagai seni budaya tradisional yang unik dan mempunyai warisan serta sejarah yang menarik di negeri Kelantan. Pelbagai tempat yang menarik yang boleh dilawati antaranya termasuklah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang terletak di Rantau Panjang, Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan yang terletak di Kota Bharu, Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak di Kota Bharu dan sebagainya.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra  
Masjid ini menjadi tunjang kerohanian negeri Kelantan dan senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina serta Islam. Masjid ini dibina pada 12 September 2005 dan telah dirasmikan  dalam bulan Ogos 2009.





Istana Jahar 


Istana ini mula dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad II iaitu pada tahun 1837-1886. Seni binanya yang unik dengan ukiran ukiran yang cantik telah menyerikan lagi istana ini yang telah dijadikan muzium. Muzium ini menyimpan sejarah kesultanan negeri Kelantan dan juga alat-alat kebesaran raja seperti peralatan senjata, pakaian tradisi dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kesultanan. Seni bina dan reka bentuk ini masih terpelihara sehingga ke hari ini.

Tuesday, October 3, 2017

Permainan Tradisional dan Seni Budaya Negeri Kelantan

Negeri Kelantan juga mempunyai pelbagai warisan, seni budaya dan permainan tradisional yang unik seperti Dikir Barat, gasing, perusahaan batik, silat dan sebagainya.Setiap seni budaya dan permainan ini mempunyai peraturan dan cara-cara masing-masing:


Dikir Barat 
                                                                                             

Dikir Barat  merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.
Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh 'awak-awak' sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Persembahan ini biasanya dipersembahkan pada musim menuai padi dan majlis perkahwinan.







Gasing

Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. 

Gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang dan talinya diperbuat daripada tali nilon.


Batik


Penghasilan batik bermula di Semenanjung Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu pada awal 1930an. Pada ketika itu, teknik dan corak batik kebanyakannya dipengaruhi oleh orang Jawa.

Tujuan perusahaan batik adalah untuk melestarikan warisan budaya. Kelantan  dan Terengganu dikatakan sebagai pusat atau tumpuan pengusaha batik.    






Wau Bulan
Perkataan “wau” ini dikatakan berasal dari perkataan Thailand dan kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam.


Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.