Tuesday, October 3, 2017

Permainan Tradisional dan Seni Budaya Negeri Kelantan

Negeri Kelantan juga mempunyai pelbagai warisan, seni budaya dan permainan tradisional yang unik seperti Dikir Barat, gasing, perusahaan batik, silat dan sebagainya.Setiap seni budaya dan permainan ini mempunyai peraturan dan cara-cara masing-masing:


Dikir Barat 
                                                                                             

Dikir Barat  merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.
Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh 'awak-awak' sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Persembahan ini biasanya dipersembahkan pada musim menuai padi dan majlis perkahwinan.







Gasing

Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. 

Gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang dan talinya diperbuat daripada tali nilon.


Batik


Penghasilan batik bermula di Semenanjung Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu pada awal 1930an. Pada ketika itu, teknik dan corak batik kebanyakannya dipengaruhi oleh orang Jawa.

Tujuan perusahaan batik adalah untuk melestarikan warisan budaya. Kelantan  dan Terengganu dikatakan sebagai pusat atau tumpuan pengusaha batik.    






Wau Bulan
Perkataan “wau” ini dikatakan berasal dari perkataan Thailand dan kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam.


Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.







Kesimpulannya,negeri Kelantan ialah negeri yang mempunyai banyak sejarah dan seni budaya. Oleh kerana itulah, negeri Kelantan dikenali dengan pelbagai gelaran dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Saya akan katakan, jika mempunyai masa lapang semasa cuti sekolah, pergilah ke Kelantan supaya pengetahuan kita meluas. 



No comments:

Post a Comment