Wednesday, October 4, 2017

Tempat Menarik di Negeri Kelantan


Terdapat pelbagai seni budaya tradisional yang unik dan mempunyai warisan serta sejarah yang menarik di negeri Kelantan. Pelbagai tempat yang menarik yang boleh dilawati antaranya termasuklah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang terletak di Rantau Panjang, Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat Diraja Negeri Kelantan yang terletak di Kota Bharu, Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak di Kota Bharu dan sebagainya.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra  
Masjid ini menjadi tunjang kerohanian negeri Kelantan dan senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina serta Islam. Masjid ini dibina pada 12 September 2005 dan telah dirasmikan  dalam bulan Ogos 2009.





Istana Jahar 


Istana ini mula dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad II iaitu pada tahun 1837-1886. Seni binanya yang unik dengan ukiran ukiran yang cantik telah menyerikan lagi istana ini yang telah dijadikan muzium. Muzium ini menyimpan sejarah kesultanan negeri Kelantan dan juga alat-alat kebesaran raja seperti peralatan senjata, pakaian tradisi dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kesultanan. Seni bina dan reka bentuk ini masih terpelihara sehingga ke hari ini.
Pasar Siti Khatijah
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun,namanya telah ditukar oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan kebanyakan peniaganya terdiri daripada golongan wanita.

Pasar ini mempunyai empat tingkat dan menjual makanan-makanan basah seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Terdapat juga makanan kering yang dijual di sini seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal.


















































No comments:

Post a Comment